Wednesday, April 28, 2010

Ceramah dan Pameran Palestin



Alhamdulilah. Segala pujian untuk Allah SWT. Aqsa Syarif (Batang Padang) dengan kerjasama pihak Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Slim River telah berjaya mengadakan program penerangan Palestin dan Al-Aqsa bertempat di Pejabat Agama Slim River pada 3hb Mei 2010. Ceramah penerangan isu Palestin telah disampaikan oleh Ir Megat Sharifudin bin Ibrahim. Beliau telah mengupas isu Palestin serta peranan umat Islam kepada lebih 30 peserta yang terdiri daripada guru-guru KAFA di sekitar Slim River dan Tanjong Malim Perak. Pameran berkenaan Aqsa Syarif juga telah diadakan.
Kutipan derma yang dijalankan dapat mengumpulkan sebanyak RM 205.00. Pihak Aqsa Syarif Batang Padang mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Slim River dan semua peserta yang telah hadir di dalam program ini.

7 cedera dalam Protes Mingguan Anti-Tembok Nil’in

7 orang remaja tempatan cedera di Kampung Nil’in di tengah Tebing Barat semasa mengadakan protes mingguan anti-tembok pada Jumaat lepas.

Terdahulu, penduduk kampung bersama-sama penyokong antarabangsa dan rakyat Israel melakukan sembahyang Zohor di kawasan tanah berhampiran tembok yang dibina Zionis yang telah diisytiharkan sebagai zon militari tertutup oleh tentera rejim Zionis.

Kemudiannya para pemprotes berjalan ke gerbang tembok itu yang memisahkan para petani dengan tanah mereka. Tentera rejim Zionis menembak gas pemedih mata dan bom bunyi ke arah pemprotes.

Sumber :http://www.imemc.org


Tuesday, April 27, 2010

Jumlah penduduk Gaza yang terkepung hampir dua juta orang


Kementerian Dalam Negeri Palestin mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah penduduk Palestin di kawasan Gaza yang terkepung kini hampir dua juta orang. Manakala lebih daripada 200,000 bayi yang dilahirkan kurang dari 4 tahun di Gaza kini telah dimusnahkan maklumat pendaftaran mereka oleh kumpulan-kumpulan penjajah (Israel). Manakala kerajaan Palestin (dibawah pimpinan Mahmud Abbas, PLO, telah bekerjasama dgn penjajah Israel) dalam perkara ini dgn memutuskan maklumat pendaftaran tersebut dan menghapuskannya dari rekod simpanan asal. Perkara ini akan terdedah kepada unsur penipuan dan pemalsuan maklumat.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/

Selasa, 27/04/2010 – Warga UK di Bristol telah melancarkan rayuan derma untuk dana 1000 buah beg simen untuk Gaza. Kumpulan Kempen Bersatu untuk Pales

Warga UK di Bristol telah melancarkan rayuan derma untuk dana 1000 buah beg simen untuk Gaza. Kumpulan Kempen Bersatu untuk Palestin, akan melawat pusat-pusat membeli-belah di bandar dengan kios maklumat dan sebuah sepanduk besar bagi orang-orang untuk menurunkan tandatangan yang akan diambil sebagai hadiah untuk rakyat Gaza.

Serangan Israel di Gaza pada bulan Disember 2008 dan Januari 2009 menyebabkan lebih dari seribu orang syahid dan puluhan ribu cedera. Rakyat Gaza ingin membina kembali kehidupan mereka yang hancur, tetapi sekatan Israel terus menghalang mereka berbuat demikian. Bahkan PBB terpaksa menggunakan batu bata dibuat daripada lumpur untuk tujuan pembinaan.

sumber : The Palestine Telegraph

Hamas : “Kejadian di Salwan, bukti kegagalan proses damai”

Selasa, 27/04/2010 – Hamas menganggapkan utusan dari Amerika Syarikat, George Mitchel bagi mencari jalan perdamaian antara Palestin dan Israel sebagai satu tindakan yang sia-sia. Kerana pada ketika ini, kumpulan perampas Zionis sedang melakukan demontrasi membantah pendudukan rakyat Palestin dan menuntut pengusiran rakyat Palestin secara keseluruhannya telah mendapat persetujuan dari Kementerian Dalam Negeri(kerajaan penjajah Israel) dan dalam masa yang sama, mendapat perlindungan dari pasukan polis dan tentera. Perkara ini menunjukkan strategi mereka membuat penempatan baru Yahudi dengan matlamat meyahudinisasikan Baytul Maqdis secara keseluruhannya.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar

Mengenali Aqsa Syarif


Aqsa Syarif ditubuhkan di Malaysia sebagai satu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud " Masjid Aqsa Yang Dimuliakan". Aqsa Syarif berganding bahu dengan semua rakyat Malaysia bagi melaksanakan kebaikan untuk rakyat Palestin dan dunia keseluruhannya.

Aqsa Syarif ditubuhkan bagi memacu perjuangan dalam memperkukuhkan perjuangan untuk membebaskan Al-Aqsa dan Palestin. Ia berharap akan dapat mengembeleng sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat untuk mengembalikan hak rakyat Palestin dan umat Islam.

Objektif Aqsa Syarif ialah :

1. Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia berkaitan dengan isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka.

2. Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

3. Memberi bantuan kewangan secara berterusan.

4. Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan luar negara.


Pejabat operasi kebangsaan Aqsa Syarif ialah di Kajang, Selangor. Laman web rasmi Aqsa Syarif ialah http://www.aqsasyarif.com.